A. AMALAN 5S
Amalan
5S merupakan landasan utama budaya EKSA. 5S adalah singkatan daripada
perkataan bahasa Jepun
iaitu Seiri, Seiton, Seiso,
Seiketsu dan Shitsuke. Jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, akan
membawa maksud seperti yang dinyatakan di bawah :
1. SISIH
Tumpuan diberikan kepada pengasingan dan pelupusan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja.
Aktiviti
penyisihan barang dijalankan bagi mengenalpasti barang yang masih di perlukan
Aktiviti sisih
melibatkan :
·
Item yang tiada nilai dan senang dibuang, perlu
dibuang segera.
·
Item yang ada nilai tetapi tidak
digunakan dan tiada kegunaan pada masa akan datang, maka perlu dihapuskan atau
dijual mengikut prosedur.
·
Item yang tiada nilai tetapi
melibatkan kos pelupusan tinggi, maka kaedah atau kos yang paling rendah, perlu ditentukan.
2. SUSUN
Amalan
ini merujuk kepada prinsip “Setiap barang ada tempatnya dan setiap
tempat ada barangnya”.
Penekanan tertumpu kepada kaedah penyusunan yang teratur, kemas,
berkesan dan selamat.
Aktiviti ini melibatkan :
·
Item yang disusun dalam aturan First-Expiry-First-Out (Luput
Dulu Keluar Dulu) jika mempunyai tarikh
luput. Jika item tidak mempunyai
tarikh luput ATAU item mempunyai tarikh luput yang sama, maka aturan First-In-First-Out (Masuk
Dulu Keluar Dulu) akan digunakan.
·
Item yang dilabelkan dengan nama dan nombor indeks.
·
Item yang disimpan mengikut kategori.
·
Item yang diatur supaya mudah dikesan dan boleh dicapai dalam masa 30 saat.
Semasa bekerja,
kedudukan fail aktif dan bahan rujukan yang digunakan, adalah di atas meja.
Selepas digunakan, ia perlu disimpan kembali ke tempat asal.
3. SAPU
Tindakan diambil bagi memastikan
ruang tempat kerja dan peralatan di dalam keadaan bersih dan tidak menjejaskan
kualiti peralatan dan kualiti kerja.
Setiap ruang
dan peralatan dibersihkan dar sebarang kekotoran. Jika berlaku kerosakan,
tindakan penyelenggaraan akan dijalankan dengan segera
Aktiviti ini :
- Menetapkan pemilik (ownership) bagi setiap ruang, perkakas dan mesin.
- Memastikan proses pembersihan dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
- Merekod dan melaporkan segala kerosakan untuk tindakan penyelenggaraan.
4. SERAGAM
Piawaian
persekitaran berkualiti dipatuhi bagi memastikan tempat kerja bersih dan
teratur sepanjang masa.
Tindakan yang diambil adalah untuk
mewujudkan keseragaman prosedur, susun atur atau format.
Penyimpanan
dan susun atur barang perlu dibuat lebih
sistematik dan
seragam bagi memudahkan pencarian
- Tindakan yang diambil adalah mengekalkan semua amalan sisih, susun, sapu dan seragam serta melakukan penambahbaikan untuk mempergiatkan amalan EKSA.
- Aktiviti ini melibatkan :
- Audit dalaman dilakukan secara berkala.
- Aktiviti promosi dijalankan secara berterusan.
- Mewujudkan sistem pengiktirafan dan penghargaan kepada usaha yang ditunjukkan oleh warga hospital.
- Mengadakan program kesedaran EKSA secara berterusan melalui latihan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan