Jumaat, 30 Mac 2018

Pengenalan EKSA dan Zon Merak














EKSA adalah  Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Langkah ini selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi–agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam.

Secara khususnya, penjenamaan semula ini dilaksanakan bertujuan untuk membolehkan agensi kerajaan:
1.    memperluas pelaksanaan di agensi-agensi Kerajaan bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif;
2.    meningkatkan imej korporat;
3.    menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak berkepentingan;
4.    menggalakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan Amalan Hijau; dan
5.    memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian agensi Kerajaan.



Kesimpulannya, EKSA yang diperkenalkan ini bukan bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang telah sedia ada diamalkan, sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pewujudan persekitaran kerja yang kondusif.




EKSA telah mula diamalkan di Hospital Tapah secara rasmi pada 2016. Budaya persekitaran kerja yang berkualiti, sistematik dan praktikal, dapat dijadikan sebagai satu amalan. Kos operasi dapat dijimatkan apabila pembaziran masa dan ruang dikurangkan.

Antara faktor yang berpotensi menyumbang ke arah pemantapan budaya EKSA Hospital Tapah adalah:

i.     i.          Sokongan dan komitmen yang diberikan oleh pihak
            pengurusan hospital

ii.          Struktur pengurusan EKSA yang cekap dan berkesan

iii.          Pendidikan dan latihan kepada warga hospital

iv.          Komunikasi yang berkesan di kalangan warga hospital

v.          Pelan pelaksanaan yang mantap

vi.          Perkongsian amalan baik EKSA 
h



h   Hospital Tapah telah membahagi zon-zon bagi menjalankan EKSA.Setiap Zon mempunyai ahli jawatankuasa tersendiri.Terdapat 13 zon yang menyeliputi seluruh Hospital Tapah.Salah satunya ialah Zon Merak.Zon Merak terdiri daripada unit kecemasan,bilik pemandu,unit forensik,unit hasil dan unit operator.Berikut merupakan carta organisasi bagi Zon Merak.
d

f

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan