Rabu, 4 April 2018

HARI EKSA HOSPITAL TAPAH 2018

Tarikh : 2 April 2018
Lokasi: Perkarangan Hospital Tapah
Jam: 8 pagi-12.30 tengahari

Pada tarikh 2 April 2018 lalu,Hospital Tapah telah mengadakan perlancaran hari EKSA. Pelbagai aktiviti telah dijalankan pada hari tersebut.Antaranya ialah,taklimat penerangan oleh pegawai mengenai EKSA, pertandingan inovasi EKSA, gerai jualan terbaik,aktiviti jualan oleh gerai zon masing-masing, pertandingan zon maya terbaik dan sebagainya.


Seluruh warga hospital Tapah memberi kerjasama yang sangat baik dalam menjayakan hari perlancaran EKSA ini. Terdapat pelbagai-bagai produk jualan yang dijual oleh zon masing-masing pada hari tersebut.Zon Merak juga tidak ketinggalan dalam aktiviti ini.Antara hasil jualan kami yang paling mendapat sambutan adalah popia otak-otak yang digoreng panas.

Persiapan membuka gerai jualan





Popia otak-otak yang belum digoreng


Puding pelangi

Ahli jawatankuasa yang menjaga gerai

salah seorang pelanggan di gerai zon Merak



 Selain jualan gerai,zon Merak juga ada menyertai pertandingan inovasi sempena hari EKSA, Produk inovasi zon Merak iaitu 'My baby diapers' berjaya mendapat tempat ketiga.



My baby diapers




Tempat ketiga